Skip to main content

PT 7252 (A Jalan BBN 1/2A, Putra Nilai, Nilai 71800

011-3983-9348

TENTANG KAMI

Diasaskan bersama oleh tiga anak muda yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Tempatan pada tahun 2017, kini CHETAKAN telah mampu berdiri dan berdaya saing dengan syarikat-syarikat besar yang lain. Kemampuan ini adalah tercipta dengan bantuan daripada program-program pembangunan usahawan oleh kerajaan terutama daripada Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB).


Ketiga-tiga anak muda ini telah menjadi contoh kepada perantis yang turut sama dalam Program Perantisan PUNB dengan memperolehi pembiayaan dan geran permulaan bagi mengembangkan perniagaan syarikat milik mereka bersama.


Pada tahun 2021, CHETAKAN telah berada ke hadapan dengan membuka satu lagi cawangan kedua di Bandar Baru Nilai dengan menyasarkan perkembangan perusahaan pecetakan yang lebih meluas dan pertumbuhan keuntungan yang meningkat berbanding dengan tahun sebelumnya. Pengalaman mereka juga amat luas dalam memberikan perkhidmatan di sektor awam dan swasta selama lima tahun beroperasi.


Bebekalkan semangat dan iltizam yang tinggi, misi Chetakan adalah hanya untuk membuktikan kemampuan generasi pada masa kini terutamanya lepasan graduan tempatan untuk memberi impak kepada industri dan perkembangan yang positif kepada ekonomi negara.

SENTIASA KEHADAPAN

Bagi memastikan gerak kerja yang bertenaga, prinsip sentiasa kehadapan menjadi pemangkin kepada syarikat untuk sentiasa melakukan pembaharuan. Hal ini sedikit sebanyak mampu menggembleng usaha sedia ada untuk memupuk daya saing yang jitu.

PRIHATIN

Kami mengambil berat terhadap semua pandangan daripada para pelanggan dan rakan kongsi kami. Dengan mengamalkan prinsip mudah didekati, keprihatinan kami hanyalah untuk memberikan kepuasan kepada semua pihak yang terlibat.

PROFESIONAL

Amalan profesionalisme amat penting dalam semua urusan syarikat secara dalaman mahupun luaran. Sikap ini juga mendorong syarikat kami untuk kekal relevan dalam industri kreatif mahupun keusahawanan.

"Memperkenalkan individu di sebalik kejayaan organisasi kami."

NOH BRIAN

Pengurus Syarikat

AKMAL SYAZANI

Pengurus Kewangan

KHATIB ZUHDI

Pentadbir Jualan

ARIFF ILMI

Pereka Grafik